Ahad, April 1

Dokumen yang Perlu Disimpan untuk LHDN

Aduh! Banyak resit yang nak disimpan. Resit apa yang perlu disimpan? Berikut adalah resit-resit yang perlu disimpan dalam tempoh 7 tahun:
  1. Sumbangan derma kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti DARUL INSYIRAH, MERCY dan MAKNA
  2. Perbelanjaan Perubatan
  3. Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium
  4. Bayaran langganan internet
  5. Pembelian peralatan penyusuan
  6. Yuran penghantaran anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah
  7. Penyata bayaran tahunan Insuran Hayat/Takaful Keluarga, Insuran pendidikan dan perubatan
  8. Zakat

Kepada individu yang menjalankan perniagaan berikut adalah dokumen tambahan yang perlu disimpan:

  1. Resit jualan
  2. Resit belian
  3. Resit perbelanjaan
  4. Penyata Bank
Satu lagi masalah. Dakwat pada resit ini akan hilang. Jadi macam mana? LHDN menasihati orang ramai supaya membuat salinan pada resit-resit ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan