Isnin, Januari 29

Sebab-sebab Permohonan Pinjaman Ditolak

Pasti ramai yang berasa keluh kesah apabila mendapat tahu permohonan bank mereka tidak diluluskan. Namun ia bukan bermakna pinjaman anda akan terus-menerus ditolak oleh pihak bank.
Jangan mudah bersangka buruk apabila permohonan ditolak oleh pihak bank. Kaji dan lihat semula sebab-sebab permohonan anda ditolak. Berikut adalah 4 sebab utama permohonan anda ditolak oleh pihak bank.
1. Membuat Permohonan Di Bank Yang Salah
Seperti yang anda tahu, setiap bank mempunyai syarat kelayakan yang berbeza-beza. Kebarangkalian untuk mendapat kelululusan juga berbeza mengikut bank.
Sekiranya anda memohon pinjaman di beberapa bank dan kemudiannya ditolak, rekod tersebut akan kekal dan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman di kemudian hari meskipun anda memnuhi syarat kelayakan. Rekod ini dapat dijejaki oleh Bank Negara Malaysia.
Oleh itu, cuba tanya dulu rakan-rakan atau banker itu sendiri sebelum membuat permohonan. Kalau rasa-rasa peratusan untuk lulus itu agak tipis, usah buang masa.
2. Status Buruk Dalam CCRIS
Sekiranya anda mempunyai mana-mana akaun pembayaran balik yang tidak berapa cantik, ini menyebabkan rekod anda bertanda merah pada CCRIS anda.
Secara amnya, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan anda apabila mendapati rekod anda dalam CCRIS tidak berapa elok. Lagi sukar jika anda tiada langsung berhutang dengan mana-mana institusi perbankan sebelum ini. Ini menyebabkan anda tiada ‘track record’ dan kebanyakan bank tidak sukakan ini.
Untuk mengatasinya, cuba pastikan rekod pembayaran balik anda untuk 12 bulan sebelum ini berada dalam keadaan yang baik. Dan sekiranya anda belum pernah berhutang dengan mana-mana bank pula, cuba mohon dan guna kad kredit untuk tempoh 3 bulan. Tapi bila dah guna, pastikan anda bayar penuh setiap bulan.
3. NIsbah Hutang Yang Tinggi
Anda perlu tahu nisbah hutang kepada pendapatan, kerana ianya amat penting bagi memastikan pinjmaan anda diluluskan. Inilah yang menjadi rujukan penilaian oleh pihak bank bagi memastikan tahap kemampuan anda.
Ia juga dikenali sebagai Debt to Service Ratio atau DSR. Ianya dikira berdasarkan kesemua jumlah hutang anda pada setiap bulan atau kita boleh gelarkannya sebagai komitmen bulanan anda.
Bank yang berbeza mempunyai pengiraan DSR yang berbeza. Ada yang menetapkan kadar DSR pada 70%, dan ada juga hanya setakat 60%.
Jadi kalau rasa-rasa tahap DSR anda dah tinggi, cuba selesaikan dulu mana-mana hutang yang sedikit atau mempunyai tempoh yang tak lama untuk tamat.
4. Anda Muflis
Jika anda telah diisytiharkan muflis secara rasmi, yang pastinya anda tidak akan memperolehi apa-apa pinjaman baru ataupun pembiayaan semula sehingga status muflis anda selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan