Ahad, Januari 21

Cukai Pendapatan Tidak Hapus Walaupun Meninggal Dunia

Adakah cukai pendapatan tidak hapus walaupun meninggal dunia? Ya! Cukai pendapatan si mati akan diuruskan oleh warisnya. LHDN diberikan kuasa untuk mengutip cukai tertunggak si mati daripada saudara terdekat.
Sekiranya waris sah si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan tersebut secara sekali gus, LHDN menasihatkan waris sah si mati mengunjungi pejabat LHDN untuk perbincangan bayaran secara ansuran.
Pendapatan yang dijana selepas tarikh kematian akan dianggap harta pusaka dan sebuah fail cukai baru akan dibuka untuk menaksir jumlah harta pusaka itu.
Kadar cukai untuk taksiran baru adalah sama dengan kadar cukai pendapatan individu dan menjadi tanggungjawab waris untuk mengisytiharkan pendapatan itu kepada LHDN melalui borang TP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan